Tuesday, December 11, 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BENCANA ALAM DI FELDA BUKIT JALOR













































Majlis Penyampaian Sumbangan Peribadi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Gemencheh, YB Dato' Haji Mohd Kamil Bin Haji Abd Aziz, dan Pengerusi Badan Kebajikan Wanita-wanita Islam (BAKAWALI) Gemencheh, YBhg Datin Hajah Siti Halimah Bahaman kepada Mangsa-mangsa Ribut di Felda Bukit Jalor, Gemenchehpada 11 Disember 2012 di Balairaya Felda Bukit Jalor.

Bencana ribut itu berlaku pada 14 November 2012 semasa YB Dato' Haji Mohd Kamil dan Datin Hajah Siti Halimah menunaikan ibadah fardhu haji. Sebanyak 19 buah rumah dan 4 buah kedai terlibat.

YB Dato' Haji Mohd Kamil menyumbangkan sebanyak RM200 kepada setiap penerima manakala YBhg Datin Hajah Siti Halimah menyumbangkan sebanyak RM100 kepada setiap penerima. Seramai 23 orang mangsa ribut telah menerima sumbangan peribadi tersebut.

Turut hadir, Penyelaras Pilihanraya DUN Gemencheh merangkap Yang Dipertua Persatuan Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha JKKK DUN Gemencheh, Tuan Haji Baharudin Rashid.

No comments:

Post a Comment