Thursday, September 6, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DUN GEMENCHEH 2012



































Majlis ini telah diadakan pada 06hb September 2012 (Khamis) Jam 2.00 ptg - 5.00 ptg bertempat di Dewan Seri Gemencheh. Dianggarkan seramai lebih 3000 orang telah hadir di majlis ini. YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan dan isteri turut meluangkan masa untuk hadir dan beramah mesra dengan penduduk Gemencheh. Undang Luak Johol juga turut hadir sama. Selain daripada itu, YB Dato' Hjh Zainab ADUN Kawasan Gemas juga turut hadir sama memeriah majlis tersebut. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Kepada yang hadir terutamanya pegawai-pegawai kerajaan daerah Tampin serta masyarakat DUN Gemencheh dan kawasan sekitar terima kasih juga diucapkan. InsyaAllah kalau ada rezeki dipanjangkan umur, tahun depan kita akan berjumpa lagi di dalam majlis seumpamanya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Seandainya ada kekurangan sepanjang majlis ini, maaf di pohon bagi pihak ADUN Kawasan Gemencheh.