Monday, April 16, 2012

PERJUMPAAN BERSAMA IBU-IBU TUNGGAL DUN GEMENCHEH




Program Bersama Ibu Tunggal DUN Gemencheh telah diadakan pada 16hb April 2012 bersamaan hari Isnin di Dewan Kolej Komuniti Tampin, Gemencheh Jam 2.30ptg. Seramai lebih kurang 90 orang ibu tunggal telah hadir ke program tersebut. Sepanjang program ini berlangsung pelbagai isu permasalahan di kalangan ibu-ibu tunggal telah diketengahkan. Di dalam pertemuan ini juga YB Dato' Mohd Kamil dan semua wakil ibu tunggal yang hadir telah sepakat untuk penubuhkan Persatuan Ibu Tunggal DUN Gemencheh. Program berlangsung sehingga jam 5 petang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Tampin yang memberi keizinan untuk menggunakan dewan tanpa sebarang bayaran dan juga kepada semua yang terlibat termasuklah ibu-ibu tunggal yang hadir sama.


Photos courtesy of http://www.facebook.com/abmusa.fb (Abdullah Musa)

No comments:

Post a Comment